Wednesday, July 15, 2020

the deepest cut - part one


ombak yang menjamah kaki ku sekali
tak akan dapat ku kenali lagi
- A Samad Said

aku masih menulis dan menulis kisah cinta picisan aku dalam blog dalam Facebook. aku memang mahu print atau publish sendiri buku koleksi antologi cerpen aku ni satu hari kalau ada modal...pada aku adalah satu kepuasan kalau dapat publish sendiri sebab mana ada company publisher nak publish aku punya cerita. cerita aku mungkin tak ikut trend sebab lebih pada kisah retro...tapi aku kan kerja kat company suratkhabar? so kelebihan aku tentulah menulis.

macam sekarang ni cerita cerpen atau novel dah takde depthness macam dulu dulu punya cerita. cerita sekarang berkisar tentang apa entah macam kisah rumah tangga aje...dan menolak nilai seni itu sendiri. rasanya nilai sastera dah takde dah masa ni. semua nak buat novel atau cerita berdasarkan trend terkini ...semua cerita cerita yang ketandusan idea dan seringkali di ulang ulang sahaja plot dan jalan ceritanya. kontent novel dan pengisian cerita macam ni berlambak lambak kat kedai buku popular dan sebagainya...

kalau cerita tu dari pengalaman sendiri dan cerita betul tapi di olah jadi cerita fiksyen mungkin akan ada jiwa atau soul kat situ. tapi kalau buat sekadar idea sendiri tentu takde jiwa. kalau takde jiwa kosonglah cerita tu. pada aku cerita aku yang aku tulis masih ada jiwa nya kerana yang jadi jiwa tu ialah perasaan aku sendiri yang pernah kehilangan dan sampai sekarang tak pernah jumpa crush lama aku Maznah.

panjang kontent picisan aku tu naratif nya macam lagu lagu...

rajuk - rahmat 
akibat terasa sangat di pandang rendah oleh maksu minah masa aku lepak lepak dengan Naz. Naz dia tegur tapi aku macam kerang busuk aje dia buat. tersengih sengihlah aku sorang...so, aku bertekad nak perbaiki diri aku dengan mengambik keputusan sambung belajar lagi walau part time. aku ikut Naz lepak Ipoh. walau maksu Minah bukan siapa siapa dalam hidup aku tapi adik dia tu Maznah memang pojaan hatiku. so aku pun ikut Naz berkelana lagi dan merantau kat Ipoh tapi aku ada misi aku sendiri.

dilema rindu - dinamik
bila dah duduk tinggal kat Ipoh tu..first ialah kisah aku gaduh dengan Naz..sebab Naz main kayu tiga dengan Puti. mereka merahsiakan hubungan mereka dari aku. pada awalnya kitorang jumpa Puti kenalan Rozi kawan kampung sebab nak cari rumah sewa atau bilik sewa kat Ipoh. dan masa tu pun Puti rekemenkan sekolah private sebelah malam yang aku nak enroll untuk belajar part time. memang terasa taken care of lah dengan Puti. aku yang tak pernah orang ambik berat ni jiwa ku tersentuh dengan budi bahasa Puti. sampai aku terlupa pada Maznah. Puti layan aku dengan baik dan hati aku cair. dan lastnya aku jatuh hati dan perasaan pulak kat Puti yang muka dia masa tu aku tengok serupa macam Maria Farida . diorang set up untuk sambut birthday aku akt KFC ke McD lupa...aku happy dan aku ajak Puti keluar tapi Puti tak nak kecuali kalau ada Naz sekali. aku heran pasal apa pulak? Puti asyik mengelakkan dari keluar date dengan aku aje. aku tanya Puti dan aku confess aku dah jatuh cinta kat dia. tapi lastnya aku kecewa sebab Puti kata dia dah anggap aku macam abang dia sendiri dan Puti kata dia dah steady dengan Naz. benda macam tu buat aku keluar dari bilik Naz dan lepak kat bilik member lain. ada agak seminggu macam tu.dah tu baru okey...

sayang - menara & di badai asmara - sera
masa ni aku kerja stesen minyak dan aku selalu makan kat satu gerai ni. aku yang jiwa kosong lepas frust sekejap dengan perbuatan Naz dan Puti . so untuk mencari ketenangan dan study aku terganggu. aku pun dah takde semangat nak belajar. aku pun rilek dari tengok buku buku tu semua. aku pun fikir aku cuma perlu konsentrate kat sabjek Maths yang aku lemah aje. yang lain lain tu kacang aje pada aku.  aku rasa macam tu lah. dan nak jadi cerita jiwa aku memang cepat tersentuh kalau ada orang yang take care pada aku. masa kat gerai tu ada sorang budak pompuan kerja gerai mak dia. dia ni memang macam bagi layan baik kat aku. suka sembang dan tak sombong. lastnya masa aku beli bungkus nasi lunch tu aku baru tahu dia minat kat aku bila ada surat kat bungkus nasi tu. hilang semua cerita pasal Maznah...kalau shift siang kat stesen minyak...lepas habis kerja pukul 11 malam aku pegi kedai dia dan memang aku lupa kat Maznah masa ni. aku date lah konon dengan dia kat taman sekitar stesen keretapi tu.takde yang slack pun dalam hubungan aku dan dia nama dia Miza. awek chubby dan suka melatah. umur dia masa tu baru 15 tahun walau body dia macam 19 tahun.. muka dia pun ada iras macam penyanyi Azura Aziz tu.aku rasa macam tak kenalah bercinta dengan awek bawah umur ni. so aku back off slow slow.  dan aku start kurangkan jumpa dia . dan dia perasan aku berubah. tapi nak buat camne..umur dia muda sangat...takkan aku nak tunggu dia dewasa. aku pun dah 21 tahun. 

simfoni 14/ 2 & cinta abadi - blackrose
satu hari aku termenung kat stesen minyak sebab aku kena ganti duit yang ada pekerja bawak lari. aku kena bayar sebab aku ditugaskan jaga duit tu kat kaunter. ada dalam rm100 ringgit jugaklah ...so, masa ni baru aku teringat kat Maznah...dialah tujuan aku datang Ipoh...aku teringat kat study aku alahai...lansung tak pernah jengok dah buku yang Puti bagi kat aku tu. aku terfikir apa nasib aku lepas ni takkan nak kerja stesen minyak aje.entah macam mana aku pun call kampung sebab dah sesak sangat nak mintak bantuan duit. dan mak aku cakap ada surat dari Proton suruh datang interview kat Shah Alam. aku macam dapat semangat baru dalam hidup. mungkin segalanya sudah ditakdirkan aku pun balik kampung. aku cakap kat Naz. Naz kata kalau aku balik kampung dan pegi interview Proton tu aku dah gagal. gagal penama entah. dengki ke apa? so aku balik jugak lepas aku tanya kat member macam kawan yang kerja bawak bas ekspress dan jugak Miza. diorang kata dah masanya aku berdiri di atas bumi yang nyata. camtu...pedulikan cakap Naz sebab Naz tu anak orang senang. aku anak orang susah. aku perlu kerja dulu. Naz tak payah kerja. nak jadi cerita masa aku nak balik kampung tu aku dapat undangan majlis harijadi Miza. tapi aku pulak kena pegi Shah Alam. so aku belikan Miza kad dan hadiah. sebab mungkin aku last minit pegi cari terpaksa aku masuk aje kedai gift. aku ambik aje apa yang aku dapat denga duit tak lebih dari rm10 ringgit. so, aku dapat beli coklat dan kad. balik rumah aku tengok kad rupanya kad Valentine..laaa...takkan nak bagi Miza kad Valentine? aku bagi coklat aje lah...

pandang pertama - CRK
aku pun balik kampung. aku tak fikir apa apa dah. aku fikir nak balik kampung sekejap dan ambik surat interview dan ke Proton interview. pagi masa aku lepak breakfast tu aku terkejut bila ada bunyi orang bagi salam. rupanya Maznah. Maznah memang mengaji dengan mak aku. tapi aku memang tak pernah pun terserempak face to face macam tu. aku pun rasa pagi tu paling indah dalam hidup aku. semua macam slow motion aje pagi tu. (refer drama Orang kampung Astro - kalau tak faham) . Maznah yang sering kali bermain dalam fikiran aku selama ni. yang aku angan angankan. sekarang berada kat depan mata aku secara live...semuanya kenyataan bukan lagi angan angan aku. Maznah sudah jadi seorang gadis ayu dan bukan budak perempan hingusan lagi dengan umurnya 16 tahun tu. apa beza Maznah dengan Miza? ye Maznah dah lama menghuni hati aku sedangkan Miza baru mengetuk pintu hati aku. itulah bezanya. dan Maznah ni memang dari kecik aku kenal dia. sejak dia darjah 6 lagi. aku terfikir masa dia tengah mengaji tu. aku nak beli kad birthday untuk Miza tapi terbeli kad Valentine. mungkin jugak sudah ditakdirkan. macam bait lagu lagu Amanda - Boston. yang aku tak nak lepaskan moment indah ini begitu saja. dengan cepatnya tanpa fikir apa apa lagi dah aku masuk bilik cari kad Valentine aku tu, dan aku tulis sekadarnya saja asalkan ada nama Maznah. aku tulis nama penerima kat atas kepada Maznah dan nama pengirim kat bawah nama aku daripada Izmee. macam kad undangan kahwin lah. hahaha...dah tu aku tunggu Maznah habis mengaji. berdebar debar jantung aku berdegup kencang masa tu. Maznah pun nak balik dan aku tegur dia sebab nak bagi kad. Maznah siap tunggu tu...dan tersenyum senyum kat aku. entah apasal dia senyum lebih lebih aku pun tak tahu. giler boleh jatuh pengsan aku tengok raut wajah Maznah dan aku terfikir kenapa cantiknya dia masa tu. dan lepas dia terima kad tu dia cakap terimakasih yang aku rasa ayat simple tapi sangat bermakna dalam hidup aku.

Amanda - Boston
so keesokkannya aku pun geraklah ke Shah Alam...kenapa aku tulis nama tajuk lagu omputeh ni sebagai naratif cerita aku ...sebab masa aku naik bas nak ke KL pergi interview tu aku lupa bawak walkman aku. aku pun bosanlah. dapat tiket pulak kat depan driver. punya bosan aku. sebab bas pagi pukul 9. dan aku try rilek walau rasa nak cari seat belakang tidur. tapi sebab driver India dia baik dan pasang radio . radio pulak radio omputeh. so keluarlah lagu tu masa aku tengah termenung tak tahu nak buat apa dan fikiran aku penuh dengan wajah Maznah sebab peristiwa pagi semalam tu. lagu Amanda dan wajah Maznah...best layan matahari pagi kat tingkap bas yang terang seperti semacam ada sinar akan menerangi hidup aku selepas ni...satu kombinasi entah apa entah nak aku gambarkan. dan aku telitilah lirik lagunya. memang kena dengan aku ...
semenjak pada itu aku rasa aku dah declare secara tak lansung kat Maznah yang aku cinta kat dia dan sayang kat dia. cinta tu dah sure tapi perasaan sayang datang selepas tu, mak aku kata sekarang Maznah selalu suka berlama lama kat rumah aku dan anggap rumah aku tu macam rumah eduana, kalau takde sesiapa kat rumah dia selalu baring baring dan rehat rehat kat rumah aku dan bersembang dengan mak aku sampai ke petang. sampai bapak aku yang selama ni tak kisah pun siapa yang belajar dengan mak aku ada tersebut yang dia pun berkenan nak buat Maznah tu jadi menantu. aku rasa bahagia sebab hubungan aku dan Maznah direstui oleh kedua orang tua aku.


syakila - rahim maarof
so, lepas tu aku pun balik Ipoh dan menjalani kehidupan macam biasa. tapi kali ni aku dah ada semangat baru untuk teruskan perjalanan ni. walau bukan lagi prioritynya untuk sambung belajar ambik periksa. sekarang ni aku dah tune balik aku punya perancangan. aku nak kerjacari duit dulu kaau dah ada duit baru continue study. so yang penting ialah pekerjaan.
lepas aku berhenti kerja kat stesen minyak tu aku try apply kerja kat syarikat bas ekspress member aku kerja driver tu. aku start kerja jadi penjual tiket aje. so itulah hidup aku dah kurang lepak dengan Naz dah dia sibuk dengan Puti ke sana ke mari.bia diorang nak privacy aku kena keluar dan lepak luar. macam tu pun boleh ke..hemmm suka hati kau Naz. aku tak campur. iyalah kan orang tengah bercinta. aku pandai pandailah bawak diri. cuma pada satu hari Naz kata dia nak pindah sebab rumah tu nak kena rush sebab ada report orang hisap ganja kat situ. so untuk jaga nama baik Naz kata kena pindah rumah. time tu dah nak dekat bulan puasa. mana nak cari rumah atau bilik tiba tiba je nak pindah. Naz kata kena menumpang rumah saudara kakak ipar dia dulu sementara waktu nak cari rumah atau bilik seawa baru. aku terpaksa ikut sebab takkan nak lepak jugak kat rumah sewa panas tu. itulah masalahnya. ikut ajelah...
aku tak tahu akan keputusan aku tinggal kat rumah baru ni akan mengubah kehidupan aku. kitorang pun menumpanglah kat rumah keluarga kakak ipar Naz. yeop nama ketua keluarga tu. orangnya bekas pesara askar masa dalam asakar ada pangkat jugaklah kot. kalau tak tentu dia tak bukak bisnes.bisnes apa aku tak tahu. mereka semua memang baik dan mesra dengan Naz. sebab diorang kenal Naz dan tak kenal aku. aku terpaksa buat buat mesra jugak nak menumpang rumah orang. adoi mak kalau boleh aku nak duduk tempat lain tapi takde pilihan masa tu. Naz kata ada satu rumah dah confirm tapi masuk lepas raya.
satu hari ada orang datang dan masa tu pun aku dan Naz baru balik dari Ipoh. aku baru balik kerja dan balik sekali dengan Naz. tengok dari jauh ada orang lepak kat buaian. ada seseorang yang tak biasa tengok selain anak anak yeop.
panjang nak cerita ni..tapi itulah nama dia Syakila dia adik bongsu kakak ipar Naz. Naz memang kenal lah tapi aku tak. first aku tengok dari jauh. aku terkejut . sebab muka da saling tak tumpah macam Maznah. bila dia bercakap pun sama slang utara. orang Grik punya slang memang macam cakap utara. kak Syakila kerja kat SUK Ipoh. patutlah macam aku pernah nampak aje macam familiar. dia siap tanya aku kerja kat bas ekspress ke. memang dia pernah nampak aku lah tu.aktiviti dia masa cuti ialah lepak rumah kakak dia tu dan pergi shopping barang kahwin dia. oh kisahnya...dia dah nak kahwin. oklah tu. tapi dia ni macam magnet pulak macam suruh aku dekat dia. sembang sembang kosong dengan dia bolehlah ubat rindu kat Maznah sebab dia pun dah macam Maznah aje aku tengok.dia pun layan aku baik dan tak sombong. dia asyik suka kutuk aku aje . dia kata aku ni pendiam lah pemalu lah..habistu takkan aku nak sembang tak ingat dunia. aku siapa kat rumah tu cuma seorang penumpang hina aje.

kita yang bernama manusia - CRK
lastnya satu pagi masa lepas bersahur yeop tanya pasal study kat aku. yeop tanya aku nak teruskan lagi ke study aku atau nak kerja. terkejut dan terkedu aku yeop tanya macam tu. tentu Naz yang cerita sebab sebab itorang datang Ipoh tu. aku yang dah mula lupakan hasrat aku tu cuma mengiyakan saja. dan bila yeop tanya itu ini. yeop tanya dah bayar ke belum . aku pu tak ingat bila tarikh akhir tapi kakak ipar dan anakdia nama Mimi tahu pulak dah bulan last nak bayar. so,  lepas tu yeop bagi aku duit dalam rm200 untuk pergi bayar duit periksa kat pejabat pendidikan Ipoh. aku menolak pada mulanya tapi yeop berkeras nak bagi jugak.
pagi tu aku pergi nak bayar tapi entah macam mana tak boleh bayar dah. so, aku tak boleh ambik periksa dah. tba tiba Naz nak pinjam duit tu emegency katanya. aku pun fikir takpe bagi Naz. aku bagi yeop lagi rm100 ni nanti bila Naz dah bayar. rupa rupanya cerita bertukar jadi lain. bila aku nak bagi yeop duit tu yeop macam maarah dan tak nak terima duit tu. yeopcakap aku tipu duit dia.yeop kata dia nak cukup cukup rm200 baru bayar. macam tu pulak. dia tak terima alasan aku cakap Naz yang pinjam. so, aku dah jadi tetamu yang tak di undang dalam rumah tu. orang yang kalau boleh dipersilakan berambus dan cepat cepat berambus.
kak syakila dapat tahu semua yang terjadi dan sebelum aku dan Naz balik kampung beraya kak Syakila bagi baju tshirt dia kat aku. dia kata jangan lupa kat dia. dan baju yang dia bagi tu ialah baju kepunyaan dia sendiri. aku macam sedar tak sedar je cakap kat kak Syakila.  
"kak semua orang dah benci saya tapi kak saya sayang kat akak... "

mengapa perpisahan yang kau pinta - versi zamani
so, masa raya aku pun balik kampung dan lepak kampung aku jumpa Along samsul. dia tanya aku kerja mana kat Ipoh. aku tanya dia tinggal kat mana. aku bercadang nak duduk rumah dia sementara kitorang masuk rumah baru. ada dalam seminggu dua lagi takkan aku nak duduk rumah yeop lagi memandangkan yeop sekeluarga dah benci aku. so aku berpisah dengan Naz dan aku start kerja baru kat kilang Carsem di Aerodrome jalan Gopeng. untuk bayar duit yeop yang dia kata aku tipu tu. entah kat mana aku tipu aku tak tahu. tipu pasal Naz pinjam ke? Naz tak ngaku dia pinjam kot? entah...semuanya dah tak bermakna dah...
macam tulah aku punya hidup...dah tunggang langgang di sebabkan fitnah orang. study ke mana...kerja ke mana..cinta dan awek pun ke mana...aku tak tahu nak buat apa masa tu.tambahan pulak lagi kisah aku meletop kat kampung. pasal aku bagi Maznah kad Valentine. kisah aku menipu duit orang. kisah aku mengacau tunang orang?  sampai mak aku pun cakap slow lah dulu pasal aku dengan Maznah tu. sebab Maznah selalu kena marah dengan kakaknya maksu Minah .aku pening..masalah aku ni sangkut menyangkut orang lain..sangkut kat mak aku dan sangkut kat Maznah...aku fikir aku kena berkorban. aku kena putuskan hubungan dengan Maznah. terpaksa...sekurang kurangnya dia tak kena marah lagi dengan maksu minah. dan mak aku pulak takde siapa lagi orang kampung nak tanya dah pasal aku .
selepas aku dapat first gaji aku pun bayar kat yeop. aku bayar dengan duit menumpang sekali. rm200 + rm100. dan aku nak bagi lagi sampai aku puas hati aku nak bagi aje semua duit gaji aku kat dia. rm500 terus.yeop pun terkejut jugak sebab aku nak bagi semua gaji aku kat dia. dia ingat aku ni penipu sesuai dengan jalan cerita rekaan dia. dia ingat aku terus hilang dan tak tunjuk muka dah kat dia. aku cakap itulah silap dia. aku ada maruah diri dan aku cakap kat dia yang dia dah pijak pijak maruah aku dan keluarga aku.
masa aku datang rumah dia lepas raya tu kak Syakila pun ada. kak Syakila sedih sebab aku tak minum air yang dia buat, selesai aku bayar aje duit tu dan aku terus blah. nak tunggu apa lagi orang dah benci kat aku. tapi kak Syakila kata dia tak benci kat aku...dia lagi sayang ada. aku heran...mungkin itu sebab mak Naz kata aku kacau tunang orang. macam tu sekali fitnah mak Naz kat aku. kenapa ye? mungkin  sebab mak Naz jeles aku baik dengan Maznah. mak Naz dan kakak Maznah maksu Minah tu memang rapatlah sebab diorang berdua orang kuat persatuan Wanita Umno kampung aku.semua cerita pasal aku tentu dia cerita kat maksu Minah tu.
so, aku dah settle pun masalah aku dengan yeop. dengan Maznah pun aku dah putuskan hubungan walau aku tak cakap sendiri kat Maznah. aku takkan sanggup sebut kata perpisahan dengan Maznah. tak sanggup aku ....

No comments:

Post a Comment