Tuesday, July 28, 2020

BERDAMAI DENGAN TAKDIR

Aku tak tahu aku akan release jugak kisah ni melalui Dramake Filem ke Sajak ke Novel ke atau Cerpen ke. Tapi itulah semuanya perlu belanja dan badget. tapi sekarang zaman TikTok tak mustahil aku boleh RELEASE Kisah aku ni...

1989

PERTEMUAN yang pertama masa aku nak mintak tolong acu Din jiran sebelah rumah yang bekerja kat Pejabat District Officer  di Tanjung Malim. aku nak minta surat rekemen YB aku nak rayuan sebab aku nak naik form six 1989. aku punya result okey cuma tak cukup grouping.aku ada 4 credit sahaja so aku terketepi dan tercicir dari menyambung pelajaran walaupun aku tahu ada yang result teruk lagi dari aku dapat masuk form six. jawapan dari acu Din menghampakan aku..dia suruh aku buat sendiri dan hantar sendiri. rumah YB masa tu dekat je kat sebelah balai polis Bidor. masa ni ciknah selekeh lagi duduk kat dapur potong sayur masa tu nak masak makan malam. memang aku sikit pun tak perasan dia aku cuma nampak Yati je kawan sekolah satu tingkatan aku

1990

Tuesday, July 21, 2020

definitely maybe...

dalam menguruskan huru hara kehidupan aku sekarang ni dengan keadaan financial dan income takde sejak duit pampasan vss sangkut ni...aku ter add seorang kat Facebook ...dia ni anak saudara ex aku...aku try add sebab kakak aku cakap dia ni tak sombong. so, aku add dan dia approved hasilnya itulah sedikit perbualan kat messenger.

aku takdelah cerita lebih lebih dengan dia. tapi mungkin ada harapan untuk memungkinkan serba kemungkinan...

the deepest cut - part two


part two punya mukadimah pendek aje. selepas aku menghadapi dugaan kat Ipoh aku pun buat keputusan untuk lepak kampung sekejap untuk meredakan suasana. dan bagi peristiwa ni cepat berlalu. dan memang nak jadi cerita yang kisah aku dan Maznah orang lupakan selepas ada satu lagi peristiwa yang meletop kat kampung tu. kisah Ana jiran berdekatan rumah aku yang minum racun sebab cinta nya musnah kerana tak direstui keluarganya. Ana tu schoolmate aku masa sekolah rendah. yang aku tahu Ana kerja bank. yang pakwe dia kerja kompeni rokok aje. bapak Ana tak suka kat pakwe Ana. pakwe Ana pun bukan orang susah cuma dia tak kerja macam yang bapak Ana nak agaknya. mungkin tak setaraf macam Ana yang kerja bank. entahlah...
sebab itulah kisah aku dan Maznah orang dah tak ingat lagi...aku rasa lega sebab orang tak ingat lagi kisah kitorang berdua. dah takde siapa nak ambik tahu aku kat mana lagi dah...kalau tak tu kenalan mak aku asyik tanya pasal aku aje kat mak aku. Maznah pun dah tak mengaji dah dengan mak aku.mungkin maksu minah tak bagi lagi kot...tak apalah anak murid mak aku yang lain pun ramai juga.dan bertambah ramai sejak aku putuskan hubungan dengan Maznah ni ...sebab nama mak aku orang tak sebut sebut lagi jadi buah mulut orang kampung dah. kan sampai macam tu kan orang kampung ni suka bawak mulut. pasal hal aku pun mak aku boleh kena kecam dengan orang kampung.

macam ni kata orang kampung.
...alah makcik yang anaknya bagi kad hari Valentine kekasih tu kat anak murid dia jugak

dan ataupun  macam ni..
alaa.. makcik yang anaknya menipu duit orang sebab nak bayar duit periksa tu

ataupun macam ni tapi aku tak pernah dengar lagi lah...
alaaa...makcik yang anaknya mengacau tunang orang masa menumpang kat Ipoh tu...

so part two ni aku sangkut kaitka naratifnya dengan lagu omputeh pulak...

bohemian rhapsody - queen
lama jugak aku menyepikan diri untuk mengambil dan mengumpulkan kekuatan untuk menghadapi cemuhan dan pandangan sinis orang kampung kat aku. boleh katakan aku duduk memerap aje kat rumah masa ni. aku nak keluar pun nak tunjuk muka kat orang pun malu. ada takde pun aku menyendiri kat dalam bilik aje. masa ni mak aku ajelah yang bagi semangat kat aku. mak aku tahu aku down masa ni deppression. mak aku bukan kaya ke nak bagi keriangan dalam hidup aku, mak aku hanya belikan aku maggi dan milo. satu kombinasi yang tak okey sebenarnya. tapi at least mak aku faham apa yang aku hadapi dalam hidup aku ni sekarang ialah waktu waktu yang sukar. bila Maznah datang aku menghindar dari nak besemuka dengan dia. aku tahu Maznah pun sedih masa ni...tapi apa nak buat sayang...dah takdir kita begini...

dont let the sun go down on me - george michael & elton john
so lepas tu, aku menjalani hidup macam biasa. aku mintak kerja guard kat kilang minyak kelapa sawit Yee Lee. itulah hidup aku selepas semua tu. aku pun takde kawan kat kampung. sapa nak kawan dengan orang gagal macam aku. awek lagi lah hahaha...so satu hari aku nak balik hujan aku singgah kat kedai kana depan kilang pasu tembikar. aku jalan kaki aje pergi kerja dan balik kerja. ikut dalam kampung. kalau orang jumpa aku tengah malam jalan kaki nak buat camne. dah aku takde transport. biarlah orang nak kata apa.asalkan aku kerja halal sudah.
hari tu terjumpa Salleh anak Yong Teh. aku ingat selama ni dia sombong. dari kecik lagi aku ingat dia sombong. rupanya hari tu baru aku tahu Salleh ni gagap. patutlah dia tak sembang dengan orang. so Salleh pun cakap dia kenal aku sebab dia da kakak aku kawan sekolah. dia pun tahu aku duduk mana dekat rumah Ana yang jugak rumah sewa dia . Salleh kata dia kerja kat kiang tembiar tu dah lama. dan dia jadi supervisor kat situ. dah 2 tahun katanya.so,Salleh pun pelawa hantar aku balik dan dia kata kalau nak balik aku boleh tumpang kereta dia. aku berterimakasih kat Salleh. di masa aku sangat perlukan kawan dia datang dan jadi kawan aku.


have you ever needed someone so bad - def leppard
kisah aku dan Maznah orang dah lupa terus...so sekarang aku pun mula bangkit dengan semangat yang ada. aku dah kerja guard aku dah ada kawan walau bukan sapa sapa. at least aku ada orang untuk bercerita. Naz sibuk dengan hal dia. kadang kadang ada jugak dia balik kampung sekali sekala.lagipun mak dan bapak Naz pegi Mekah tunaikan haji. sebelum tu aku ada jumpa diorang. mak Naz minta maaf kat aku sebab dia kata diaasyik buat cerita yang bukan bukan kat aku. aku terkejut jugak bila mak Naz cakap macam tu. memang betullah dia yang bawak mulut pasal aku kat kampung. sampai menagis nangis dia peluk aku dan dia mengaku dah anggap aku ni macam anak dia sendiri. aku memang maafkan tapi aku tak lupakan. dan lepas tu mak Naz balik dari Mekah . yeop dan kak Syakila pun ada datang kat rumah Naz.  yeop pun minta maaf kat aku . kak Syakila pun cari aku dan call suruh datang. tapi untuk apa semua tu? dah tak bermakna dah semua tu. sebab fitnah yeop lah hidup aku jadi cemuhan dan hinaan orang kampung. yeop ke kak Syakila ke semuanya nak menjahanamkan hidup aku je. kini apa yang korang buat kat aku dah jadi sejarah hidup aku dah.kisah Maznah aku pun tak tahu dah..sejak dia berhenti mengaji dengan mak aku. ada jugak aku kadang kadang terserempak dia masa aku balik kerja jalan kaki. dia pusing pusing kampung. memang macam tak terurus aje dia masa tu. heh..aku pun tak terusrus kata orang. sama sama lah tak terurus.

november rain - guns n roses
masa ni masuk fasa sukutahun  ketiga pulak dalam hidup aku. fasa di mana keluarga aku pulak ada problem sebab kakak aku dipinang orang. masalahnya kakak aku tu sumber ekonomi keluarga. dan bapak aku tak berkenan pulak dengan orang tu ke aa aku tak tahu. dan aku memang tak ambil tahu dah. aku cuma follow aje pasal ni. dan akhirnya satu hari tu entah kenapa aku kena halau dengan bapak aku. sebab apa aku tak tahu. so aku terusir dari rumah. aku keuar angkat kaki. ke mana? opah aku bagi aku duduk sementara kat rumah dia yang dia renovate . ada satu bilik berasing. aku tinggal kat situ satu malam aje dan lepas tu kakak sulung aku suruh aku duduk rumah dia .buat sementara je sebab diorang masih nak uruskan pasal perkahwinan kakak aku tu. aku pun tinggal lah kat rumah kakak aku kat rumah awam tu. tapi dalam masa yang sama aku tetap menguruskan kerja kahwin kakak aku. sekali lagi mak Naz aku dengar dia macam sinis aje dengan apa yang jadi kat aku. aku heran manusia ni tak serik serik ke nak buat cerita padahal dah balik Mekah? sebab masa aku terang dan bersihkan halaman depan rumah aku tu. mak Naz dan gengnya bersembang kat rumah maksu Minah tu. orang orangnya ialah mak boboi yang anaknya didi pakwe Ana minum racun tu, makcik Jah dan makcik Meera kat rumah awam. dan kak Besah belakang rumah maksu Minah. itulah geng yang bawak mulut pasal aku agaknya.

tears in heaven - eric clapton
masa ni hari pernikahan dan persandingan kakak aku. aku memang buatlah kerja apa yang patut. nak jadi cerita Maznah punada datang. aku memang banyak terserempak dengan Maznah. mulanya aku memang menghindar aje. tapi aku sedar takkan asyik nak larikan diri aje. aku pun berhenti dan tanya apa khabar kat dia. masa tu dia punya sedih tengok aku. macam tak terusrus je aaknya, dan dia balik rumah. aku dapat tahu dia macam menangis aje masa tu. bila kak ros cakap. masa aku makan nasi kenduri tu. mungkin kak ros dan diorang semua faham apa jadi kat aku dan Maznah. takkanlah mereka tak tah kisah aku dan Maznah sebelum ni. kalau betul Maznah menangis. tapi sebab apa? ada yang lukakan hati dia ke?
esoknya aku pulangkan barang kenduri kat rumah maksu Minah macam tungku dapur dan eriuk belangan. ituah masanya aku jumpa Maznah. takde pun aku nak lari dari dia. dia pun cuma setakat berdiri kat pintu dan buka pintu tu sebelah aje.takde kata kata dah mas tu. aku pun sedar aku tak boleh nak lebih lebih walaupun akusenyumaje sepanjang masa jumpa dia tu. aku senyum kat luar aje tapi dalam hati sedih menangis. dan bila mak aku datang rumah kakak aku melawat dengan pengantin baru.mak aku cakap Maznah tanya pasal aku dan mak aku cakap Maznah malu bila aku sembang dengan dia. maksudnya kisah aku dan Maznah masih ada harapan....kalau mak aku dah happy macam tu...tapi apalah maknanya lagi...aku tetap macam tu jugak dibenci dan tak disukai oleh maksu Minah.

to love somebody - michael bolton
masa masa macam ni aku rasa aku perlu berangkat pergi dari Bidor. aku sudah tak diperlukan lagi. sekarang aku kena angkat kaki. walaupun aku ada kerja tapi aku sedar kakak aku ada masalah sendiri. takkan dia nak tanggung aku. dia pun susah jugak. so aku pandai pandailah cari kerja dan blah dari rumah kakak aku tu. macam kena halau jugak kan? tapi cara halus sebab kakak aku tak masak nasi. dan orang kat rumah tu asyik takde aje.faham fahamlah aku nasib diri aku. aku pun selalu jugak lepak kat kedai minum kuzin depan rumah tu setakat ngeteh aje. dan ada pulak awek kerja situ nama Zaharah hahaha...dia pulak macam minat kat aku aje. aku punselalu tegur dia kalau balik kerja. aku tegur dia nak layan tapi orang bujang kat situ dia tak nak layan. lastnya aku punselalulah lepak kat kedai minum kuzin tu untuk layan TV dan lepak sekejap. air pun seringgit dan roti pun seringgit. kadang kadang aku bawak Naz minum situ. Naz pun terkejut. dia kata apasal muka Zaharah macam muka Miza Ipoh? sejak aku putus terpaksa dengan Amznah tu ..inilah awek yang minat kat aku...aku pun hairan rekod aku tahun ni memang ramai awek minat tak tahu kenapa.start Miza, kak Syakila, lepas tu ada sorang kat taman maju rapat aku lepak dengan Naz tu..ada satu gerai nasi ayam depan rumah Jee nama budak tu, adik Bakri nama dia Yatie yang kerja kat koperasi kemas depan dewan JKKK. kat rumah awam pulak Zaharah orang Kelate anak saudara kak Mimah..

end of the road - boyz II men
so aku pun try cari kerja sekitar area Bidor, Tapah dan Sungkai...macam susah pulak aku nak dapat kerja sebab aku dah berhenti Yee Lee dan Yee Lee tak ambik orang lagi dah. tapi akhirnya ada satu temuduga kat dewan dan aku try. nasib aku baik dapat. tapi kilang tu kat Shah Alam.dan aku pun bersiap ala kadarnya...dengan duit rm50 aku pun bertolak ke Shah Alam. kakak aku yang hantar aku kat bas stop depan rumah awam tu. bas ke Bidor dan ke Kampar. dari Kampar ambik bas Kilang tu lalu balik jalan Sungkai. apa daaa...takpelah dia nak bagi aku tengok kampung Chegar dan jalan Sungkai kali terakhir kot masa tu.tapi aku tak dapat jumpa Maznah kecuali jumpa Zaharah semalam. jadilah...

okey kisah ni berhenti sekejap untuk tahun ni 1992. ada masa aku tulis lagi sebab kisahnya bersambung lagi pada tahun 1993 hingga Maznah kahwin pada tahun 1996. sabarlah kalau aku ada free dan ada mood aku tulis lagi...

.

Wednesday, July 15, 2020

the deepest cut - part one


ombak yang menjamah kaki ku sekali
tak akan dapat ku kenali lagi
- A Samad Said

aku masih menulis dan menulis kisah cinta picisan aku dalam blog dalam Facebook. aku memang mahu print atau publish sendiri buku koleksi antologi cerpen aku ni satu hari kalau ada modal...pada aku adalah satu kepuasan kalau dapat publish sendiri sebab mana ada company publisher nak publish aku punya cerita. cerita aku mungkin tak ikut trend sebab lebih pada kisah retro...tapi aku kan kerja kat company suratkhabar? so kelebihan aku tentulah menulis.

macam sekarang ni cerita cerpen atau novel dah takde depthness macam dulu dulu punya cerita. cerita sekarang berkisar tentang apa entah macam kisah rumah tangga aje...dan menolak nilai seni itu sendiri. rasanya nilai sastera dah takde dah masa ni. semua nak buat novel atau cerita berdasarkan trend terkini ...semua cerita cerita yang ketandusan idea dan seringkali di ulang ulang sahaja plot dan jalan ceritanya. kontent novel dan pengisian cerita macam ni berlambak lambak kat kedai buku popular dan sebagainya...

kalau cerita tu dari pengalaman sendiri dan cerita betul tapi di olah jadi cerita fiksyen mungkin akan ada jiwa atau soul kat situ. tapi kalau buat sekadar idea sendiri tentu takde jiwa. kalau takde jiwa kosonglah cerita tu. pada aku cerita aku yang aku tulis masih ada jiwa nya kerana yang jadi jiwa tu ialah perasaan aku sendiri yang pernah kehilangan dan sampai sekarang tak pernah jumpa crush lama aku Maznah.

panjang kontent picisan aku tu naratif nya macam lagu lagu...

rajuk - rahmat 
akibat terasa sangat di pandang rendah oleh maksu minah masa aku lepak lepak dengan Naz. Naz dia tegur tapi aku macam kerang busuk aje dia buat. tersengih sengihlah aku sorang...so, aku bertekad nak perbaiki diri aku dengan mengambik keputusan sambung belajar lagi walau part time. aku ikut Naz lepak Ipoh. walau maksu Minah bukan siapa siapa dalam hidup aku tapi adik dia tu Maznah memang pojaan hatiku. so aku pun ikut Naz berkelana lagi dan merantau kat Ipoh tapi aku ada misi aku sendiri.

dilema rindu - dinamik
bila dah duduk tinggal kat Ipoh tu..first ialah kisah aku gaduh dengan Naz..sebab Naz main kayu tiga dengan Puti. mereka merahsiakan hubungan mereka dari aku. pada awalnya kitorang jumpa Puti kenalan Rozi kawan kampung sebab nak cari rumah sewa atau bilik sewa kat Ipoh. dan masa tu pun Puti rekemenkan sekolah private sebelah malam yang aku nak enroll untuk belajar part time. memang terasa taken care of lah dengan Puti. aku yang tak pernah orang ambik berat ni jiwa ku tersentuh dengan budi bahasa Puti. sampai aku terlupa pada Maznah. Puti layan aku dengan baik dan hati aku cair. dan lastnya aku jatuh hati dan perasaan pulak kat Puti yang muka dia masa tu aku tengok serupa macam Maria Farida . diorang set up untuk sambut birthday aku akt KFC ke McD lupa...aku happy dan aku ajak Puti keluar tapi Puti tak nak kecuali kalau ada Naz sekali. aku heran pasal apa pulak? Puti asyik mengelakkan dari keluar date dengan aku aje. aku tanya Puti dan aku confess aku dah jatuh cinta kat dia. tapi lastnya aku kecewa sebab Puti kata dia dah anggap aku macam abang dia sendiri dan Puti kata dia dah steady dengan Naz. benda macam tu buat aku keluar dari bilik Naz dan lepak kat bilik member lain. ada agak seminggu macam tu.dah tu baru okey...

sayang - menara & di badai asmara - sera
masa ni aku kerja stesen minyak dan aku selalu makan kat satu gerai ni. aku yang jiwa kosong lepas frust sekejap dengan perbuatan Naz dan Puti . so untuk mencari ketenangan dan study aku terganggu. aku pun dah takde semangat nak belajar. aku pun rilek dari tengok buku buku tu semua. aku pun fikir aku cuma perlu konsentrate kat sabjek Maths yang aku lemah aje. yang lain lain tu kacang aje pada aku.  aku rasa macam tu lah. dan nak jadi cerita jiwa aku memang cepat tersentuh kalau ada orang yang take care pada aku. masa kat gerai tu ada sorang budak pompuan kerja gerai mak dia. dia ni memang macam bagi layan baik kat aku. suka sembang dan tak sombong. lastnya masa aku beli bungkus nasi lunch tu aku baru tahu dia minat kat aku bila ada surat kat bungkus nasi tu. hilang semua cerita pasal Maznah...kalau shift siang kat stesen minyak...lepas habis kerja pukul 11 malam aku pegi kedai dia dan memang aku lupa kat Maznah masa ni. aku date lah konon dengan dia kat taman sekitar stesen keretapi tu.takde yang slack pun dalam hubungan aku dan dia nama dia Miza. awek chubby dan suka melatah. umur dia masa tu baru 15 tahun walau body dia macam 19 tahun.. muka dia pun ada iras macam penyanyi Azura Aziz tu.aku rasa macam tak kenalah bercinta dengan awek bawah umur ni. so aku back off slow slow.  dan aku start kurangkan jumpa dia . dan dia perasan aku berubah. tapi nak buat camne..umur dia muda sangat...takkan aku nak tunggu dia dewasa. aku pun dah 21 tahun. 

simfoni 14/ 2 & cinta abadi - blackrose
satu hari aku termenung kat stesen minyak sebab aku kena ganti duit yang ada pekerja bawak lari. aku kena bayar sebab aku ditugaskan jaga duit tu kat kaunter. ada dalam rm100 ringgit jugaklah ...so, masa ni baru aku teringat kat Maznah...dialah tujuan aku datang Ipoh...aku teringat kat study aku alahai...lansung tak pernah jengok dah buku yang Puti bagi kat aku tu. aku terfikir apa nasib aku lepas ni takkan nak kerja stesen minyak aje.entah macam mana aku pun call kampung sebab dah sesak sangat nak mintak bantuan duit. dan mak aku cakap ada surat dari Proton suruh datang interview kat Shah Alam. aku macam dapat semangat baru dalam hidup. mungkin segalanya sudah ditakdirkan aku pun balik kampung. aku cakap kat Naz. Naz kata kalau aku balik kampung dan pegi interview Proton tu aku dah gagal. gagal penama entah. dengki ke apa? so aku balik jugak lepas aku tanya kat member macam kawan yang kerja bawak bas ekspress dan jugak Miza. diorang kata dah masanya aku berdiri di atas bumi yang nyata. camtu...pedulikan cakap Naz sebab Naz tu anak orang senang. aku anak orang susah. aku perlu kerja dulu. Naz tak payah kerja. nak jadi cerita masa aku nak balik kampung tu aku dapat undangan majlis harijadi Miza. tapi aku pulak kena pegi Shah Alam. so aku belikan Miza kad dan hadiah. sebab mungkin aku last minit pegi cari terpaksa aku masuk aje kedai gift. aku ambik aje apa yang aku dapat denga duit tak lebih dari rm10 ringgit. so, aku dapat beli coklat dan kad. balik rumah aku tengok kad rupanya kad Valentine..laaa...takkan nak bagi Miza kad Valentine? aku bagi coklat aje lah...

pandang pertama - CRK
aku pun balik kampung. aku tak fikir apa apa dah. aku fikir nak balik kampung sekejap dan ambik surat interview dan ke Proton interview. pagi masa aku lepak breakfast tu aku terkejut bila ada bunyi orang bagi salam. rupanya Maznah. Maznah memang mengaji dengan mak aku. tapi aku memang tak pernah pun terserempak face to face macam tu. aku pun rasa pagi tu paling indah dalam hidup aku. semua macam slow motion aje pagi tu. (refer drama Orang kampung Astro - kalau tak faham) . Maznah yang sering kali bermain dalam fikiran aku selama ni. yang aku angan angankan. sekarang berada kat depan mata aku secara live...semuanya kenyataan bukan lagi angan angan aku. Maznah sudah jadi seorang gadis ayu dan bukan budak perempan hingusan lagi dengan umurnya 16 tahun tu. apa beza Maznah dengan Miza? ye Maznah dah lama menghuni hati aku sedangkan Miza baru mengetuk pintu hati aku. itulah bezanya. dan Maznah ni memang dari kecik aku kenal dia. sejak dia darjah 6 lagi. aku terfikir masa dia tengah mengaji tu. aku nak beli kad birthday untuk Miza tapi terbeli kad Valentine. mungkin jugak sudah ditakdirkan. macam bait lagu lagu Amanda - Boston. yang aku tak nak lepaskan moment indah ini begitu saja. dengan cepatnya tanpa fikir apa apa lagi dah aku masuk bilik cari kad Valentine aku tu, dan aku tulis sekadarnya saja asalkan ada nama Maznah. aku tulis nama penerima kat atas kepada Maznah dan nama pengirim kat bawah nama aku daripada Izmee. macam kad undangan kahwin lah. hahaha...dah tu aku tunggu Maznah habis mengaji. berdebar debar jantung aku berdegup kencang masa tu. Maznah pun nak balik dan aku tegur dia sebab nak bagi kad. Maznah siap tunggu tu...dan tersenyum senyum kat aku. entah apasal dia senyum lebih lebih aku pun tak tahu. giler boleh jatuh pengsan aku tengok raut wajah Maznah dan aku terfikir kenapa cantiknya dia masa tu. dan lepas dia terima kad tu dia cakap terimakasih yang aku rasa ayat simple tapi sangat bermakna dalam hidup aku.

Amanda - Boston
so keesokkannya aku pun geraklah ke Shah Alam...kenapa aku tulis nama tajuk lagu omputeh ni sebagai naratif cerita aku ...sebab masa aku naik bas nak ke KL pergi interview tu aku lupa bawak walkman aku. aku pun bosanlah. dapat tiket pulak kat depan driver. punya bosan aku. sebab bas pagi pukul 9. dan aku try rilek walau rasa nak cari seat belakang tidur. tapi sebab driver India dia baik dan pasang radio . radio pulak radio omputeh. so keluarlah lagu tu masa aku tengah termenung tak tahu nak buat apa dan fikiran aku penuh dengan wajah Maznah sebab peristiwa pagi semalam tu. lagu Amanda dan wajah Maznah...best layan matahari pagi kat tingkap bas yang terang seperti semacam ada sinar akan menerangi hidup aku selepas ni...satu kombinasi entah apa entah nak aku gambarkan. dan aku telitilah lirik lagunya. memang kena dengan aku ...
semenjak pada itu aku rasa aku dah declare secara tak lansung kat Maznah yang aku cinta kat dia dan sayang kat dia. cinta tu dah sure tapi perasaan sayang datang selepas tu, mak aku kata sekarang Maznah selalu suka berlama lama kat rumah aku dan anggap rumah aku tu macam rumah eduana, kalau takde sesiapa kat rumah dia selalu baring baring dan rehat rehat kat rumah aku dan bersembang dengan mak aku sampai ke petang. sampai bapak aku yang selama ni tak kisah pun siapa yang belajar dengan mak aku ada tersebut yang dia pun berkenan nak buat Maznah tu jadi menantu. aku rasa bahagia sebab hubungan aku dan Maznah direstui oleh kedua orang tua aku.


syakila - rahim maarof
so, lepas tu aku pun balik Ipoh dan menjalani kehidupan macam biasa. tapi kali ni aku dah ada semangat baru untuk teruskan perjalanan ni. walau bukan lagi prioritynya untuk sambung belajar ambik periksa. sekarang ni aku dah tune balik aku punya perancangan. aku nak kerjacari duit dulu kaau dah ada duit baru continue study. so yang penting ialah pekerjaan.
lepas aku berhenti kerja kat stesen minyak tu aku try apply kerja kat syarikat bas ekspress member aku kerja driver tu. aku start kerja jadi penjual tiket aje. so itulah hidup aku dah kurang lepak dengan Naz dah dia sibuk dengan Puti ke sana ke mari.bia diorang nak privacy aku kena keluar dan lepak luar. macam tu pun boleh ke..hemmm suka hati kau Naz. aku tak campur. iyalah kan orang tengah bercinta. aku pandai pandailah bawak diri. cuma pada satu hari Naz kata dia nak pindah sebab rumah tu nak kena rush sebab ada report orang hisap ganja kat situ. so untuk jaga nama baik Naz kata kena pindah rumah. time tu dah nak dekat bulan puasa. mana nak cari rumah atau bilik tiba tiba je nak pindah. Naz kata kena menumpang rumah saudara kakak ipar dia dulu sementara waktu nak cari rumah atau bilik seawa baru. aku terpaksa ikut sebab takkan nak lepak jugak kat rumah sewa panas tu. itulah masalahnya. ikut ajelah...
aku tak tahu akan keputusan aku tinggal kat rumah baru ni akan mengubah kehidupan aku. kitorang pun menumpanglah kat rumah keluarga kakak ipar Naz. yeop nama ketua keluarga tu. orangnya bekas pesara askar masa dalam asakar ada pangkat jugaklah kot. kalau tak tentu dia tak bukak bisnes.bisnes apa aku tak tahu. mereka semua memang baik dan mesra dengan Naz. sebab diorang kenal Naz dan tak kenal aku. aku terpaksa buat buat mesra jugak nak menumpang rumah orang. adoi mak kalau boleh aku nak duduk tempat lain tapi takde pilihan masa tu. Naz kata ada satu rumah dah confirm tapi masuk lepas raya.
satu hari ada orang datang dan masa tu pun aku dan Naz baru balik dari Ipoh. aku baru balik kerja dan balik sekali dengan Naz. tengok dari jauh ada orang lepak kat buaian. ada seseorang yang tak biasa tengok selain anak anak yeop.
panjang nak cerita ni..tapi itulah nama dia Syakila dia adik bongsu kakak ipar Naz. Naz memang kenal lah tapi aku tak. first aku tengok dari jauh. aku terkejut . sebab muka da saling tak tumpah macam Maznah. bila dia bercakap pun sama slang utara. orang Grik punya slang memang macam cakap utara. kak Syakila kerja kat SUK Ipoh. patutlah macam aku pernah nampak aje macam familiar. dia siap tanya aku kerja kat bas ekspress ke. memang dia pernah nampak aku lah tu.aktiviti dia masa cuti ialah lepak rumah kakak dia tu dan pergi shopping barang kahwin dia. oh kisahnya...dia dah nak kahwin. oklah tu. tapi dia ni macam magnet pulak macam suruh aku dekat dia. sembang sembang kosong dengan dia bolehlah ubat rindu kat Maznah sebab dia pun dah macam Maznah aje aku tengok.dia pun layan aku baik dan tak sombong. dia asyik suka kutuk aku aje . dia kata aku ni pendiam lah pemalu lah..habistu takkan aku nak sembang tak ingat dunia. aku siapa kat rumah tu cuma seorang penumpang hina aje.

kita yang bernama manusia - CRK
lastnya satu pagi masa lepas bersahur yeop tanya pasal study kat aku. yeop tanya aku nak teruskan lagi ke study aku atau nak kerja. terkejut dan terkedu aku yeop tanya macam tu. tentu Naz yang cerita sebab sebab itorang datang Ipoh tu. aku yang dah mula lupakan hasrat aku tu cuma mengiyakan saja. dan bila yeop tanya itu ini. yeop tanya dah bayar ke belum . aku pu tak ingat bila tarikh akhir tapi kakak ipar dan anakdia nama Mimi tahu pulak dah bulan last nak bayar. so,  lepas tu yeop bagi aku duit dalam rm200 untuk pergi bayar duit periksa kat pejabat pendidikan Ipoh. aku menolak pada mulanya tapi yeop berkeras nak bagi jugak.
pagi tu aku pergi nak bayar tapi entah macam mana tak boleh bayar dah. so, aku tak boleh ambik periksa dah. tba tiba Naz nak pinjam duit tu emegency katanya. aku pun fikir takpe bagi Naz. aku bagi yeop lagi rm100 ni nanti bila Naz dah bayar. rupa rupanya cerita bertukar jadi lain. bila aku nak bagi yeop duit tu yeop macam maarah dan tak nak terima duit tu. yeopcakap aku tipu duit dia.yeop kata dia nak cukup cukup rm200 baru bayar. macam tu pulak. dia tak terima alasan aku cakap Naz yang pinjam. so, aku dah jadi tetamu yang tak di undang dalam rumah tu. orang yang kalau boleh dipersilakan berambus dan cepat cepat berambus.
kak syakila dapat tahu semua yang terjadi dan sebelum aku dan Naz balik kampung beraya kak Syakila bagi baju tshirt dia kat aku. dia kata jangan lupa kat dia. dan baju yang dia bagi tu ialah baju kepunyaan dia sendiri. aku macam sedar tak sedar je cakap kat kak Syakila.  
"kak semua orang dah benci saya tapi kak saya sayang kat akak... "

mengapa perpisahan yang kau pinta - versi zamani
so, masa raya aku pun balik kampung dan lepak kampung aku jumpa Along samsul. dia tanya aku kerja mana kat Ipoh. aku tanya dia tinggal kat mana. aku bercadang nak duduk rumah dia sementara kitorang masuk rumah baru. ada dalam seminggu dua lagi takkan aku nak duduk rumah yeop lagi memandangkan yeop sekeluarga dah benci aku. so aku berpisah dengan Naz dan aku start kerja baru kat kilang Carsem di Aerodrome jalan Gopeng. untuk bayar duit yeop yang dia kata aku tipu tu. entah kat mana aku tipu aku tak tahu. tipu pasal Naz pinjam ke? Naz tak ngaku dia pinjam kot? entah...semuanya dah tak bermakna dah...
macam tulah aku punya hidup...dah tunggang langgang di sebabkan fitnah orang. study ke mana...kerja ke mana..cinta dan awek pun ke mana...aku tak tahu nak buat apa masa tu.tambahan pulak lagi kisah aku meletop kat kampung. pasal aku bagi Maznah kad Valentine. kisah aku menipu duit orang. kisah aku mengacau tunang orang?  sampai mak aku pun cakap slow lah dulu pasal aku dengan Maznah tu. sebab Maznah selalu kena marah dengan kakaknya maksu Minah .aku pening..masalah aku ni sangkut menyangkut orang lain..sangkut kat mak aku dan sangkut kat Maznah...aku fikir aku kena berkorban. aku kena putuskan hubungan dengan Maznah. terpaksa...sekurang kurangnya dia tak kena marah lagi dengan maksu minah. dan mak aku pulak takde siapa lagi orang kampung nak tanya dah pasal aku .
selepas aku dapat first gaji aku pun bayar kat yeop. aku bayar dengan duit menumpang sekali. rm200 + rm100. dan aku nak bagi lagi sampai aku puas hati aku nak bagi aje semua duit gaji aku kat dia. rm500 terus.yeop pun terkejut jugak sebab aku nak bagi semua gaji aku kat dia. dia ingat aku ni penipu sesuai dengan jalan cerita rekaan dia. dia ingat aku terus hilang dan tak tunjuk muka dah kat dia. aku cakap itulah silap dia. aku ada maruah diri dan aku cakap kat dia yang dia dah pijak pijak maruah aku dan keluarga aku.
masa aku datang rumah dia lepas raya tu kak Syakila pun ada. kak Syakila sedih sebab aku tak minum air yang dia buat, selesai aku bayar aje duit tu dan aku terus blah. nak tunggu apa lagi orang dah benci kat aku. tapi kak Syakila kata dia tak benci kat aku...dia lagi sayang ada. aku heran...mungkin itu sebab mak Naz kata aku kacau tunang orang. macam tu sekali fitnah mak Naz kat aku. kenapa ye? mungkin  sebab mak Naz jeles aku baik dengan Maznah. mak Naz dan kakak Maznah maksu Minah tu memang rapatlah sebab diorang berdua orang kuat persatuan Wanita Umno kampung aku.semua cerita pasal aku tentu dia cerita kat maksu Minah tu.
so, aku dah settle pun masalah aku dengan yeop. dengan Maznah pun aku dah putuskan hubungan walau aku tak cakap sendiri kat Maznah. aku takkan sanggup sebut kata perpisahan dengan Maznah. tak sanggup aku ....

kita semua pendosa


sejak aku jumpa balik dengan Mael kawan masa kecik aku ni aku try belajar apa hidup dia. bukan aku nak compare dengan hidup aku. tapi aku nak tahu perjalanan hidup dia yang sama sekali tak sama dengan hidup aku. aku mula minat kat imej mesin excavator atau jengkaut pasir.

pasal Mael ni aku tahu lah hidup dia selama ni memang macam kat atas...maksud aku dalam dunia gangsterism dia lah...cakap dia pun ke atas aje...dan dia tengok semua dari atas aje...dan dia ke bawah bila kena sakit Stroke dalam tahun 2018.

Sunday, July 5, 2020

1st entry 2020


baru baru ni ada penggunaan apps face apps kat FB. yang boleh kan kita tukar wajah kita jadi tua taua jadi muda. dulu dulu oey je apps ni. tapi sejak PKP ni netizen jadi terlampau rapuh dan cepat sentap.termasuklah friendlist aku. aku up gambar tu ramai yang kecam lastnya aku surrender dan aku delete gambar tu bila dalil dalil kata ubah lelaki jadi perempuan adalah haram. apps tu pun haram

nak jadi cerita aku tukar jugak profile pic aku kat akaun bsnes aku yang lain. tapi apa yang aku nampak atau perasan aku punya friendlist berkurang. aku tak tahu siapa yang unfriend aku. dan bila aku check rupa rupanya Zulkasbi yang unfriend aku. so, apa aku nak buat. dia dah unfriend aku .

dulu dia left grup wasap aku dan aku tak tahu kenapa sebabnya. alasan yang zulkasbi berikan ialah dia tak mahu bermusuh dengan sesiapa. padahala sebelum ni pun mana ada nak bermusuh dengan sesiapa pun. cuma aku harap dia back up aku je sebab dia kawan baik aku. dan sorang lagi Nizam pun left grup aku.

aku nak buat macam mana lagi kalau dia dah tak nak dalam grup aku. dalam masa yang sama aku removed Am dan Shah dan Fandi sebab diorang  macam ada klik dalam tu antara orang vss dan orang ex staff. so itulah ceritanya. yang zulkasbi pulak apa pasal entah dia macam back up Am pulak bila aku kutuk Am. sudahnya Ghani left.aku removed Azam sekali. sebab aku tahu Azam tu geng Am. Ghani buat grup baru tapi jadikan Am dan Shah admin.diorang add aku. aku tengok diorang add Nizam dan Zulkasbi. tiba tiba je zulkasbi bukan main actie bagi komen. aku rasa something wrong. kat grup aku dia left kat grup baru Am bukan main aktif.

so, sampai hari tu lah yang zuklkasbi unfriend aku. aku rasa dia tahu akaun aku tu.sebab ada gambar lama aku kat situ masa pegi Jogja. dan akaun tu masih ada Am dan Nizam jadi friends aku. aku tengok Am up status. zukasbi komen bukan main baik lagi ayat dia.so, aku buat keputusan walau akaun tu bukan main akaun aku...aku unfriend aje Am yang membuat onar dalam hubungan aku dan Zulkasbi dan Nizam. entahlah aku rasa gerak hati aku yang selama ni selain dari kakzura yang suka menghasut akan hubungan baik sebab dengki kan aku Am lah orang yang menghasut selama ni. akan Nizam dan Zulkasbi.

tak apalah kalau diorang anggap aku tak penting lagi dah dalam hidup diorang memandangkan aku dah tak punya apa apa dah...tak sangka Zulkasbi aku ingat dia kawan baik aku rupanya dia kawan baik Am.

aku jenuh fikir apalah salah aku sampai dia buat aku macam tu...setakat kutuk kutuk tu biasa. tapi setahu aku zulkasbi ni ada kelemahan dia. kelemahan dia ialah dia ni kaki betina. suka skandala mana mana pun dia kerja atau pergi. dan aku tahu skandal dia dengan adilah yang selama ni dia asyik tanya aku aje bila aku wasap dia. dan aku selalu jugak hantar update Adila kat zulkasbi macam dia cinta sangat kat Adila tu tak tahu apasal.

so, aku rasa sebab tu dia jauhkan diri dari aku sebab takut kantoi .