Monday, May 1, 2023

EPF Withdraw age 50 & VSS Compensation 2023

 

sesuatu yang aku tak mampu gaiss...memiliki rumah....sebab aku dah tak bekerja...umur pun dah tua...simpanan EPF pun tak sebanyak mana...hanya jadi sindiran anak saudara Acoi aku kat media sosial je...ye lah dia muda...dia sudah ada apa yang dia nak...sedangkan aku dah dua kali keluar duit dan dapat duit pampasan masih tak mampu lagi beli sebuah rumah. apatah beli nak repair rumah pusaka pun tak mampu.

apa yang aku mampu ialah rewards diri aku sendiri dengan menggembirakan hati aku dan hati wife aku. apa yang selama ni aku tak mampu beli aku beli. daan jugak aku belikan barang kemas buat isteri. aku withdraw duit epf masa aku umur 50 tahun dalam tahun 2021 dan keluar semua duit dari akaun 2. kini tinggal baki di akaun 1.

dalam tahun ni pulak rezeki aku dan bekas pekerja Utusan yang ambik VSS tahun 2018 bila duit pampasan kami dilunaskan bakinya sejak tahun 2019 yang terhenti sebab syarikat gulung tikar kerana banyak hutang bank. setelah bertahun tahun bersabar akhirnya pada bulan April 2023 sebelum hari raya kami mendapat rezeki bila pihak Liquiditor melunaskan baki duit pampasan kami. Alhamdulillah...

tapi macam aku cakap tu aku masih tak mampu beli atau memiliki sebuah rumah gaisss...walau dah dua kali aku dapat duit sebab duit duit tu bukan banyak mana pun....tapi syukurlah gaisss...