Tuesday, July 21, 2020

the deepest cut - part two


part two punya mukadimah pendek aje. selepas aku menghadapi dugaan kat Ipoh aku pun buat keputusan untuk lepak kampung sekejap untuk meredakan suasana. dan bagi peristiwa ni cepat berlalu. dan memang nak jadi cerita yang kisah aku dan Maznah orang lupakan selepas ada satu lagi peristiwa yang meletop kat kampung tu. kisah Ana jiran berdekatan rumah aku yang minum racun sebab cinta nya musnah kerana tak direstui keluarganya. Ana tu schoolmate aku masa sekolah rendah. yang aku tahu Ana kerja bank. yang pakwe dia kerja kompeni rokok aje. bapak Ana tak suka kat pakwe Ana. pakwe Ana pun bukan orang susah cuma dia tak kerja macam yang bapak Ana nak agaknya. mungkin tak setaraf macam Ana yang kerja bank. entahlah...
sebab itulah kisah aku dan Maznah orang dah tak ingat lagi...aku rasa lega sebab orang tak ingat lagi kisah kitorang berdua. dah takde siapa nak ambik tahu aku kat mana lagi dah...kalau tak tu kenalan mak aku asyik tanya pasal aku aje kat mak aku. Maznah pun dah tak mengaji dah dengan mak aku.mungkin maksu minah tak bagi lagi kot...tak apalah anak murid mak aku yang lain pun ramai juga.dan bertambah ramai sejak aku putuskan hubungan dengan Maznah ni ...sebab nama mak aku orang tak sebut sebut lagi jadi buah mulut orang kampung dah. kan sampai macam tu kan orang kampung ni suka bawak mulut. pasal hal aku pun mak aku boleh kena kecam dengan orang kampung.

macam ni kata orang kampung.
...alah makcik yang anaknya bagi kad hari Valentine kekasih tu kat anak murid dia jugak

dan ataupun  macam ni..
alaa.. makcik yang anaknya menipu duit orang sebab nak bayar duit periksa tu

ataupun macam ni tapi aku tak pernah dengar lagi lah...
alaaa...makcik yang anaknya mengacau tunang orang masa menumpang kat Ipoh tu...

so part two ni aku sangkut kaitka naratifnya dengan lagu omputeh pulak...

bohemian rhapsody - queen
lama jugak aku menyepikan diri untuk mengambil dan mengumpulkan kekuatan untuk menghadapi cemuhan dan pandangan sinis orang kampung kat aku. boleh katakan aku duduk memerap aje kat rumah masa ni. aku nak keluar pun nak tunjuk muka kat orang pun malu. ada takde pun aku menyendiri kat dalam bilik aje. masa ni mak aku ajelah yang bagi semangat kat aku. mak aku tahu aku down masa ni deppression. mak aku bukan kaya ke nak bagi keriangan dalam hidup aku, mak aku hanya belikan aku maggi dan milo. satu kombinasi yang tak okey sebenarnya. tapi at least mak aku faham apa yang aku hadapi dalam hidup aku ni sekarang ialah waktu waktu yang sukar. bila Maznah datang aku menghindar dari nak besemuka dengan dia. aku tahu Maznah pun sedih masa ni...tapi apa nak buat sayang...dah takdir kita begini...

dont let the sun go down on me - george michael & elton john
so lepas tu, aku menjalani hidup macam biasa. aku mintak kerja guard kat kilang minyak kelapa sawit Yee Lee. itulah hidup aku selepas semua tu. aku pun takde kawan kat kampung. sapa nak kawan dengan orang gagal macam aku. awek lagi lah hahaha...so satu hari aku nak balik hujan aku singgah kat kedai kana depan kilang pasu tembikar. aku jalan kaki aje pergi kerja dan balik kerja. ikut dalam kampung. kalau orang jumpa aku tengah malam jalan kaki nak buat camne. dah aku takde transport. biarlah orang nak kata apa.asalkan aku kerja halal sudah.
hari tu terjumpa Salleh anak Yong Teh. aku ingat selama ni dia sombong. dari kecik lagi aku ingat dia sombong. rupanya hari tu baru aku tahu Salleh ni gagap. patutlah dia tak sembang dengan orang. so Salleh pun cakap dia kenal aku sebab dia da kakak aku kawan sekolah. dia pun tahu aku duduk mana dekat rumah Ana yang jugak rumah sewa dia . Salleh kata dia kerja kat kiang tembiar tu dah lama. dan dia jadi supervisor kat situ. dah 2 tahun katanya.so,Salleh pun pelawa hantar aku balik dan dia kata kalau nak balik aku boleh tumpang kereta dia. aku berterimakasih kat Salleh. di masa aku sangat perlukan kawan dia datang dan jadi kawan aku.


have you ever needed someone so bad - def leppard
kisah aku dan Maznah orang dah lupa terus...so sekarang aku pun mula bangkit dengan semangat yang ada. aku dah kerja guard aku dah ada kawan walau bukan sapa sapa. at least aku ada orang untuk bercerita. Naz sibuk dengan hal dia. kadang kadang ada jugak dia balik kampung sekali sekala.lagipun mak dan bapak Naz pegi Mekah tunaikan haji. sebelum tu aku ada jumpa diorang. mak Naz minta maaf kat aku sebab dia kata diaasyik buat cerita yang bukan bukan kat aku. aku terkejut jugak bila mak Naz cakap macam tu. memang betullah dia yang bawak mulut pasal aku kat kampung. sampai menagis nangis dia peluk aku dan dia mengaku dah anggap aku ni macam anak dia sendiri. aku memang maafkan tapi aku tak lupakan. dan lepas tu mak Naz balik dari Mekah . yeop dan kak Syakila pun ada datang kat rumah Naz.  yeop pun minta maaf kat aku . kak Syakila pun cari aku dan call suruh datang. tapi untuk apa semua tu? dah tak bermakna dah semua tu. sebab fitnah yeop lah hidup aku jadi cemuhan dan hinaan orang kampung. yeop ke kak Syakila ke semuanya nak menjahanamkan hidup aku je. kini apa yang korang buat kat aku dah jadi sejarah hidup aku dah.kisah Maznah aku pun tak tahu dah..sejak dia berhenti mengaji dengan mak aku. ada jugak aku kadang kadang terserempak dia masa aku balik kerja jalan kaki. dia pusing pusing kampung. memang macam tak terurus aje dia masa tu. heh..aku pun tak terusrus kata orang. sama sama lah tak terurus.

november rain - guns n roses
masa ni masuk fasa sukutahun  ketiga pulak dalam hidup aku. fasa di mana keluarga aku pulak ada problem sebab kakak aku dipinang orang. masalahnya kakak aku tu sumber ekonomi keluarga. dan bapak aku tak berkenan pulak dengan orang tu ke aa aku tak tahu. dan aku memang tak ambil tahu dah. aku cuma follow aje pasal ni. dan akhirnya satu hari tu entah kenapa aku kena halau dengan bapak aku. sebab apa aku tak tahu. so aku terusir dari rumah. aku keuar angkat kaki. ke mana? opah aku bagi aku duduk sementara kat rumah dia yang dia renovate . ada satu bilik berasing. aku tinggal kat situ satu malam aje dan lepas tu kakak sulung aku suruh aku duduk rumah dia .buat sementara je sebab diorang masih nak uruskan pasal perkahwinan kakak aku tu. aku pun tinggal lah kat rumah kakak aku kat rumah awam tu. tapi dalam masa yang sama aku tetap menguruskan kerja kahwin kakak aku. sekali lagi mak Naz aku dengar dia macam sinis aje dengan apa yang jadi kat aku. aku heran manusia ni tak serik serik ke nak buat cerita padahal dah balik Mekah? sebab masa aku terang dan bersihkan halaman depan rumah aku tu. mak Naz dan gengnya bersembang kat rumah maksu Minah tu. orang orangnya ialah mak boboi yang anaknya didi pakwe Ana minum racun tu, makcik Jah dan makcik Meera kat rumah awam. dan kak Besah belakang rumah maksu Minah. itulah geng yang bawak mulut pasal aku agaknya.

tears in heaven - eric clapton
masa ni hari pernikahan dan persandingan kakak aku. aku memang buatlah kerja apa yang patut. nak jadi cerita Maznah punada datang. aku memang banyak terserempak dengan Maznah. mulanya aku memang menghindar aje. tapi aku sedar takkan asyik nak larikan diri aje. aku pun berhenti dan tanya apa khabar kat dia. masa tu dia punya sedih tengok aku. macam tak terusrus je aaknya, dan dia balik rumah. aku dapat tahu dia macam menangis aje masa tu. bila kak ros cakap. masa aku makan nasi kenduri tu. mungkin kak ros dan diorang semua faham apa jadi kat aku dan Maznah. takkanlah mereka tak tah kisah aku dan Maznah sebelum ni. kalau betul Maznah menangis. tapi sebab apa? ada yang lukakan hati dia ke?
esoknya aku pulangkan barang kenduri kat rumah maksu Minah macam tungku dapur dan eriuk belangan. ituah masanya aku jumpa Maznah. takde pun aku nak lari dari dia. dia pun cuma setakat berdiri kat pintu dan buka pintu tu sebelah aje.takde kata kata dah mas tu. aku pun sedar aku tak boleh nak lebih lebih walaupun akusenyumaje sepanjang masa jumpa dia tu. aku senyum kat luar aje tapi dalam hati sedih menangis. dan bila mak aku datang rumah kakak aku melawat dengan pengantin baru.mak aku cakap Maznah tanya pasal aku dan mak aku cakap Maznah malu bila aku sembang dengan dia. maksudnya kisah aku dan Maznah masih ada harapan....kalau mak aku dah happy macam tu...tapi apalah maknanya lagi...aku tetap macam tu jugak dibenci dan tak disukai oleh maksu Minah.

to love somebody - michael bolton
masa masa macam ni aku rasa aku perlu berangkat pergi dari Bidor. aku sudah tak diperlukan lagi. sekarang aku kena angkat kaki. walaupun aku ada kerja tapi aku sedar kakak aku ada masalah sendiri. takkan dia nak tanggung aku. dia pun susah jugak. so aku pandai pandailah cari kerja dan blah dari rumah kakak aku tu. macam kena halau jugak kan? tapi cara halus sebab kakak aku tak masak nasi. dan orang kat rumah tu asyik takde aje.faham fahamlah aku nasib diri aku. aku pun selalu jugak lepak kat kedai minum kuzin depan rumah tu setakat ngeteh aje. dan ada pulak awek kerja situ nama Zaharah hahaha...dia pulak macam minat kat aku aje. aku punselalu tegur dia kalau balik kerja. aku tegur dia nak layan tapi orang bujang kat situ dia tak nak layan. lastnya aku punselalulah lepak kat kedai minum kuzin tu untuk layan TV dan lepak sekejap. air pun seringgit dan roti pun seringgit. kadang kadang aku bawak Naz minum situ. Naz pun terkejut. dia kata apasal muka Zaharah macam muka Miza Ipoh? sejak aku putus terpaksa dengan Amznah tu ..inilah awek yang minat kat aku...aku pun hairan rekod aku tahun ni memang ramai awek minat tak tahu kenapa.start Miza, kak Syakila, lepas tu ada sorang kat taman maju rapat aku lepak dengan Naz tu..ada satu gerai nasi ayam depan rumah Jee nama budak tu, adik Bakri nama dia Yatie yang kerja kat koperasi kemas depan dewan JKKK. kat rumah awam pulak Zaharah orang Kelate anak saudara kak Mimah..

end of the road - boyz II men
so aku pun try cari kerja sekitar area Bidor, Tapah dan Sungkai...macam susah pulak aku nak dapat kerja sebab aku dah berhenti Yee Lee dan Yee Lee tak ambik orang lagi dah. tapi akhirnya ada satu temuduga kat dewan dan aku try. nasib aku baik dapat. tapi kilang tu kat Shah Alam.dan aku pun bersiap ala kadarnya...dengan duit rm50 aku pun bertolak ke Shah Alam. kakak aku yang hantar aku kat bas stop depan rumah awam tu. bas ke Bidor dan ke Kampar. dari Kampar ambik bas Kilang tu lalu balik jalan Sungkai. apa daaa...takpelah dia nak bagi aku tengok kampung Chegar dan jalan Sungkai kali terakhir kot masa tu.tapi aku tak dapat jumpa Maznah kecuali jumpa Zaharah semalam. jadilah...

okey kisah ni berhenti sekejap untuk tahun ni 1992. ada masa aku tulis lagi sebab kisahnya bersambung lagi pada tahun 1993 hingga Maznah kahwin pada tahun 1996. sabarlah kalau aku ada free dan ada mood aku tulis lagi...

.

No comments:

Post a Comment